Thursday, April 24, 2014

Ulasan Kelas Akaun - Cik Azue

Baca ulasan Cik Azue, salah seorang peserta kelas akaun online.

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


Salam Kasih sayang buat semua. Beberapa hari tidak bersiaran pula. Ada sahaja perkara/benda yang dikejar dan nak kena kejar pula. Ah dunia, lagi dikejar lagi berkejaran kita mengejarnya, yang pasti tidak akan pernah cukup bila mana kita sendiri tidak pernah tahu dan pasti apa yang patut dan perlu kita kejar sebenarnya dalam kehidupan yang merupakan ujian untuk hari akhirat nanti.

Atas perjanjian, haiihss, lama sudah berjanji pun, ini pula baru cik azue menulisnya.
Maaf ya wahai cikgu-cikgu sekalian, inilah resmi anak murid yang satu ini. Banyak benda nak kena selesai baru boleh menyambuang draft entri yang sudah berkurun tersimpan cantik dalam komputer ini.
Oh kelas apakah itu? Jika anda hendak tahu, ya, di suatu hari yang indah bertarikh 24 Mac yang lalu, cik azue telah pun mengikuti Kelas Asas Urus Akaun Secara Online.

Kenapa pula cik azue mengikuti kelas ini ya? Bukan kerana cik azue tidak tahu langsung tentang asas urus akaun, cuma nya, cik azue ni bukan lah pelajar jurusan akauntan. Jadi segala asas dulu adalah berdasarkan pengalaman kerja dengan orang dahulu. Jadi walau pun tahu, tidak salah kalau cik azue ingin mengambil tahu lagi kan. Dan tersangatlah mengejutnya, bila mana ada benda yang selama ini cik azue ingat betul, rupa-rupanya salah konsep. Wakakakaka! Mari gelak kan diri sendiri. Anda semua jangan gelak tau, nanti cik azue sentap. Hahahaha. Alhamdulillah, Allah gerakan hati ini untuk berusaha juga mengikuti kelas tersebut walau pada mulanya Chenta hati cik azue pernah berkata, "bukankah awak sudah tahu kan..."

Ok, apa yang cik azue belajar dalam kelas ini?

Pertama, beberapa hari sebelum kelas, cik azue dan rakan-rakan sekelas akan dimasukkan ke dalam satu "group" di FB dibawah seliaan satu guru online tetap (Puan Aishah Hussein) akademi bekerja di rumah (ADBR),  dan jumlah pelajar dalam satu kelas adalah lima orang sahaja. Ini kelas cik azue ya, kelas orang lain, ada empat orang, ada lima orang macam kelas cik azue juga. Kemudian, masing-masing kami diberikan bahan bacaan melalui email sebelum kelas bermula. Maksudnya, kena baca dan kaji dulu alat bantu belajar tersebut.

Kedua, hari kelas. Bila disebut sebagai online kelas, bagi kelas akaun ini, setiap pelajar dan guru akan berada dalam talian pada masa yang sama melalui "group" yang ditubuhkan terdahulu. Di hari ini barulah kami diperkenalkan dengan guru kelas akaun kami, iaitu Puan Khadijah Abdullah.


Cerita di dalam kelas pula.
Ada beberapa bab dalam tempoh pembelajaran campur tolak 3 jam sahaja secara online ini. Cik azue beri serba sedikit kesimpulan mengikut bab berdasarkan diri sendiri sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa melainkan dengan diri cik azue sendiri sahaja.

Bab 1 - Sesi Perkenalan.
Biasalah kan kawan-kawan, di mana-mana pun kan, mesti akan buat sesi perkenalan sebelum mula apa-apa pun kan. Dari sini cik azue berkenalan serba sedikit dengan pengajar dan dengan rakan-rakan yang sama-sama nak belajar. Hebat, masing-masing dengan pengalaman masing-masing. Tahniah sebab menjadikan kelas ini berjaya.

Bab 2 - Pengenalan kepada buku simpan kira-kira dan proses
Banyak lah yang di ajar disini. Tetapi apa yang dapat cik azue simpulkan dari bab ini adalah
a) semua belian yang kita buat kita perlu catat/rekod dalam buku simpan kira-kira
b) semua resit belian perlu kita buat salinan bagi mengelakan ianya pudar dan disimpan
c) setiap rekod perlu dilakukan secara disiplin dan secara harian
d) buat buku catatan kira-kira, satu untuk kegunaan sendiri, satu untuk kegunaan harian.
Buku catatan ini bertujuan bagi mencatat semua wang keluar masuk kita tak kira berapa besar pun atau berapa kecil pun perbelanjaan tersebut. Sila catat perbelanjaan selepas setiap urusan bagi mengelakan kita terlupa. Oleh itu cikgu cadangkan menyimpan buku 555 di dalam beg kita dan dibawa ke mana sahaja.
Dan kerana itu juga, terus petangnya cik azue beli ini


Satu untuk abang hazim, satu untuk adik hazim, satu untuk duit belanja dapur (duit sara keluarga chenta beri) dan satu untuk perniagaan cik azue. Habis budak-budak ni pun diseret sama belajar mengurus kewangan masing-masing. Membiasakan diri mereka sedari kecil, gitu.

e) Setiap hujung minggu (kalau boleh setiap hari) perbelanjaan ini dipindahkan ke dalam buku simpan kira-kira sebagai simpanan rekod bagi tujuan semakan.





Kesimpulan bab 2 adalah; Buku Simpan Kira-kira adalah bertujuan bagi merekod setiap transaksi yang dilakukan secara harian dan tetap dan setiap transaksi walau pun satu sen pun perlu direkodkan juga secara tetap ke dalam buku simpan kira-kira tersebut.

Akhir bulan boleh la kita semak berapa perbelanjaan yang sedar dan tidak sedar yang telah dan sudah kita lakukan, perlu, kehendak atau pembaziran.

*psssssst, di sini cik azue masih selamat, masih dalam garis panduan*

Bab 3 - Modal
Modal adalah sejumlah peruntukan WANG bagi memulakan satu PERNIAGAAN.
Wang PERNIGAAN jangan dicampur dengan wang PERIBADI dan jangan guna duit PERIBADI untuk perbelanjaan PERNIAGAAN.
Nak selamat, daftarkan perniagaan dan buat akaun perniagaan. Apa-apa berkaitan dengan perniagaan, guna wang hanya dari akaun perniagaan sahaja.

*psssssst, di sini cik azue sedikit silap. Oh tidak!*


Teropong-teropong diri, itu dia, sudah tersasar sedikit cik azue kawan-kawan, walau pun sedikit sahaja, namun, melalui perbincangan dengan guru, boleh beri impak besar jika tidak di kawal. Nak tahu?
Dalam kes cik azue, bukan duit perniagaan guna untuk diri sendiri, tetapi duit sendiri guna untuk perniagaan, bukan apa, konon-konon bagi jadi modal, sudahnya, MODAL yang asal berjumlah sedemikian menjadi sedemikian besar pula akhirnya. Sudah, padan la asik tidak boleh untung (maaf bekas bos, saya pinjam tagline anda disini ya)

Bab 4 - Dokumen wajib dalam suatu perniagaan
a) Sebut harga (Qoutation)
b) Invoice
c) Resit
d) Penyata Bank
e) Baucer Bayaran

*psssssst, di sini cik azue alhamdulillah, semua ada.*



Bab 5 -  Pricing and Costing

Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.
Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi memngurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 -  Belanjawan / Bajet

"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangai wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."

"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."

"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."


Ok. Dah habis ulasan cik azue. Sebenarnya bukan 6 Bab, tapi cik azue kecilkan mengikut pemahaman cik azue jadi 6 bab, mudah otak tua cik azue nak hadam.

Suka tak bila dah baca ni? Teruja tak nak belajar sama agar kita boleh kawal ketirisan akaun kita, tak kisah la akaun sendiri atau pun perniagaan?
Banyak yang kita boleh dapat sebenarnya dalam tempoh 3 jam ni bagi yang baru nak berkenalan dengan asas urus akaun ni. Tapi buat yang sudah master, jangan la, nanti tidak memenuhi KPI anda pula. Ini kelas ASAS ya.
Sumber: http://kuazue.blogspot.com/2014/04/krat-seni-jahitan-sulaman-ulasan-kelas.html

Friday, April 18, 2014

Ulasan Kelas Akaun - Nurhidayah Bahari

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah S.W.T.. Atas izin dan kasih sayang-Nya saya berpeluang menimba ilmu di Kelas Asas Akaun Online sesi 17 Mac 2014.

Saya kecilkan skop pengurusan akaun ini kepada akaun para WAHM (Work At Home Mom), pemilik SOHO (Small Office Home Office) atau lebih mudah, akaun surirumah yang bekerja dari rumah.

Saya ingin sekali berkongsi tentang beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan oleh Tenaga Pengajar Bertauliah iaitu Puan Khadijah Abdullah tentang asas pengurusan akaun perniagaan yang sebenar.

Dan saya ingin sekali mengajak para WAHM @ pemilik SOHO merenung sedikit ilmu yang dikongsikan disini dari kelas ini dan mengaitkannya dengan realiti sebenar cara kita menguruskan akaun perniagaan kita.

Kelas ini sangat memberikan kejutan!

Puan guru berpesan, apabila kita telah membuat keputusan untuk berniaga adalah lebih baik kita menetapkan satu akaun bank khas untuk perniagaan kita. Walaupun perniagaan kita itu kecil-kecilan sahaja, menyediakan satu akaun bank khas menunjukkan kita serius didalam perniagaan dan ingin pergi lebih jauh lagi. Wang perniagaan dengan wang peribadi wajib diasingkan.

Namun realitinya apa yang kita buat? Wang perniagaan dan wang peribadi bercampur aduk. Kadangkala perniagaan terpinjam wang peribadi. Kadangkala kita terguna wang perniagaan. Bukan kadang-kadang. Tapi kebiasaannya. Kan?

Selain itu setiap transaksi wang perniagaan kita mestilah direkodkan waima RM0.01 pun. Tiada sen pun yang terkecuali.

Namun realitinya? Jangan kata 1 sen. Transaksi RM100.00 atau RM1000.00 pun tidak pernah kita rekodkan. Kenapa ya? Kita lupa dan kadangkala kita buat-buat lupa. Kan?

Buku catatan kecil untuk merekodkan transaksi perlu sentiasa dibawa ke mana sahaja kita pergi. Bagi surirumah, simpan buku catatan itu didalam beg tangan. Didik diri kita untuk merekod setiap transaksi. Catatan ini adalah supaya kita tidak terlupa apa jua transaksi yang telah dilakukan serta bagi memudahkan pengiraan untung rugi perniagaan setiap bulan.

Antara lain yang sangat menyentap kesedaran saya adalah pengiraan untung bersih dari perniagaan kita.

Saya ringkaskannya begini.

Situasi :
---------
Siti Nurhaliza menjalankan perniagaan produk Jamu Kak Dara.

Harga jualan sebotol Jamu Kak Dara : RM100.00

Harga kos sebotol Jamu Kak Dara      : RM 70.00

Untung kasar sebotol Jamu Kak Dara : RM30.00

---------

Kesilapan yang Siti Nurhaliza lakukan adalah dia menganggap RM30.00 itu adalah Untung Bersih lalu mengeluarkannya dari wang perniagaan dan menggunakan wang itu untuk keperluan peribadi.(Seperti yang biasa kita lakukan. Kan?)

Dia terlupa untuk mengambil kira kos tol/petrol menguruskan stok Jamu Kak Dara. Dia terlupa mengira kos pemasaran yang telah buat untuk memasarkan produknya. Dia lupa kos bil eletrik penggunaan laptop  dan juga bil internet. Dia sangkakan dia untung, hakikatnya dia hanya kerugian masa dan tenaga. Wang apatah lagi. Rugi. Negatif.

Inilah yang paling menyentap perasaan saya.

Termenung sekejap saya memikirkannya.

Insaf.

Lalu saya berazam memperbaiki kesilapan ini.

Anda bagaimana? Jika pengurusan akaun perniagaan anda sudah tepat dan teratur itu bagus untuk anda.

Jika tidak, segeralah menuntut ilmu asas pengurusan akaun ini. Supaya kesilapan tidak berlaku lagi. Supaya tidak menyangka diri untung hakikatnya rugi.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
Sumber: http://nurhidayahbintibahari.blogspot.com/2014/03/ulasan-kelas-asas-akaun-online.html

Ulasan Kelas Akaun - Azlina Abd Aziz

    Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya.  Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.
         Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.

Ulasan Kelas Akaun - Nazirah Bugal

Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman yang saya rasa amat-amat berharga.
    Sebenarnya setiap perkara baru yang berlaku kepada kita, itulah di panggil pengalaman. Lima hari lepas saya telah menjalani kelas asas akaun secara online selama 3jam. Ini kali pertama saya belajar online. Mula-mula tu memang ada sedikit rasa gementar. Mungkin tidak pada yang telah biasa melaluinya.  Malkumlah kelas itu dijalankan secara berkumpulan seramai 3 orang termasuk saya.  Hai, macam manalah  orangnya yang menjadi rakan sekelas saya nanti. Maklumlah di dalam urusan akaun, saya agak tidak berminat.
     Tetapi Alhamdulillah. 2 lagi rakan sekelas saya ini memang sporting dan bersemangat . Serta merta hilang rasa gementar, bertukar menjadi bersemangat seperti mereka. Di tambah dengan guru online kami Puan Khadijah Abdullah adalah orang yang sangat memahami situasi kami dalam menguruskan akaun. Setiap soalan kami di jawap dengan penuh penerangan, sehingga kami benar- benar faham. Dan yang paling menyeronokkan, kelas ini di jalankan secara online. Mengikut masa yang bersesuaian dengan diri kita. Fleksibel. Kan mudah.
     Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita . Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar . Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat. Dan satu lagi, yang penting jangan sesekali mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun peribadi. Barulah perniagaan kita boleh berkembang.
Sumber: http://nazirahbugal.blogspot.com/2014/01/kelas-akaun-online.html

Ulasan Kelas Asas Akaun - Zaila Mohamad

Sebenarnya sudah lama saya ingin menulis entri ini, tetapi lantaran kekangan masa saya terpaksa lupakan hasrat tersebut. Alhamdulillah, hari ini terasa ingin berkongsikan pengalaman memasuki kelas urus akaun bagi WAHM SOHO yang mahu baru bermula. Walaupun saya sudah bermula sejak 2009 lagi tetapi hanya serius di dalam menguruskan perniagaan online saya hanya selepas saya berhenti kerja iaitu pada tahun 2012. Jadi, memang sepatutnya saya belajar dengan lebih mendalam lagi tentang pengurusan akaun perniagaan yang saya jalankan ini.

Alhamdulillah, sejak mengetahui adanya kelas urus akaun yang ditawarkan di dalam Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), hati memang teruja untuk menyertainya. Lantaran kelas yang dijalankan juga secara online sahaja sememangnya memudahkan bagi saya kerana tidak perlu keluar dari rumah untuk menghadiri kelas. Saya hanya perlu memilih hari di mana saya perlu berada di hadapan komputer untuk berinteraksi dengan instruktor yang sungguh baik melayan segala pertanyaan dari saya dan kawan-kawan.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, kami (satu sesi kelas dihadkan kepada 5 orang) diberi penerangan tentang kepentingan menjaga aliran tunai supaya tidak berlaku kebocoran di mana kita tidak tahu duit hasil jualan kita hilang di mana. Oleh sebab itu, sangat penting untuk mempunyai rekod harian yang mencatatkan aliran masuk dan keluar duit hatta lima sen pun! Lagi satu, duit perniagaan jangan dicampur adukkan pula dengan duit peribadi. Kalau boleh gunakan akaun bank yang berasingan supaya nanti kita boleh menjejak kembali aliran tunai kita. Barulah tidak berlaku insiden "eh, mana pergi duit niaga aku??" (padahal sudah digunakan secara senyap-senyap untuk beli barangan keperluan peribadi kita:P)

Selain itu, kita juga akan diajar mengenai perkara asas untuk menguruskan akaun seperti mengenali invoice, resit, sebut harga (quotation), penyata bank dan juga baucer tunai. Dalam melakukan urusniaga secara online mahupun offline, 5 perkara di atas sangat penting untuk disimpan dan direkodkan bagi mengira keuntungan yang bakal kita jana hasil daripada setiap jualan yang terhasil. Jangan tak tahu, bekerja sendiri juga perlu disenaraikan beberapa kos seperti penggunaan elektrik, internet dan duit minyak untuk penghantaran barangan ke pejabat pos perlu direkod di dalam perbelanjaan bulanan juga. Apabila kita bijak menguruskan kewangan atau akaun perniagaan, setiap bulan bolehlah memberi ganjaran kepada diri sendiri berdasarkan keuntungan yang didapati. Ini juga dikenali sebagai "gaji" hasil daripada perniagaan yang kita usahakan. Jangan lupa juga untuk menyimpan dan lupakan sebagai hasil yang kita akan gunakan di hari tua nanti.

Saya rasa memang berbaloi-baloi untuk mengikuti kelas ini. Instruktor kami juga sangat baik dan meninggalkan kami no telefon beliau untuk dihubungi sekiranya ada sebarang kemusykilan.
http://zailamohamad.blogspot.com/2014/02/kenapa-pentingnya-untuk-urus-akaun.html

Ulasan Kelas Online Akaun - Anys Idayu Zakaria

Ulasan dari Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah, selesai sudah kelas akaun urus niaga bisnes WAHM SOHO, secara online sahaja, semalam. Ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Kena duduk semula tengok kesilapan dalam menguruskan akaun bisnes selama ini.

Rupanya basic akaun yang kita belajar di kolej, universiti, tak sama  dengan urus akaun untuk bisnes. Ilmu urus akaun bisnes ni, kita belajar untuk kita praktikkan sekarang, untuk kita lihat keuntungan yang kita perolehi daripada hasil bisnes yang sedang kita jalankan. 4 faktor utama sebelum memulakan bisnes jika tidak dilakukan, akan menyebabkan akaun bisnes kita huru hara.

BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri

4 perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
 Antara lain yang ditekankan ialah merekod walau 5 sen duit yang kita keluarkan. Disiplin, jangan campur aduk duit bisnes dan personal antara faktor penting, kalau tidak memang bocor, bocor, bocor sentiasa. Kita syok berbisnes, ingatkan dah untung untung rupanya rugi.

Untuk elak kita rugi yang tak nampak dalam bisnes, KEBOCORAN melanda, wajiblah belajar urus akaun bisnes dengan betul. Yang dah ada bisnes, yang baru nak mula bisnes memang wajib attend kelas akaun ni supaya tak terlepas pandang benda penting sebelum run business

Alhamdulillah, walau dah bertahun bisnes, masih belum terlambat untuk mula semula. Terima kasih mentor kak Masayu Ahmad memberi peluang pada saya untuk ikuti kelas ini. Jika berkesempatan, ada untung lebih berbisnes, rebutlah peluang ini, walaupun hanya asas akaun sahaja, jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini untuk bisnes kita.
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/ilmu-urus-akaun-bisnes-untuk-elak.html



Wednesday, April 2, 2014

Keterangan tentang Kelas Asas Akaun Online

Hari: Setiap Ahad pagi
3 jam setiap satu sesi
Masa: 9.30pg hingga 12.30tgh

Cukup 3 orang peserta Kelas akan 'ON'



Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?

Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - Modul 1 & 2


Modul 3: Cash Flow Penyata Aliran Tunai
-Bagaiman membuat aliran tunai positf sentiasa
Yuran RM170


Modul 4: Budgeting. RM160
- Bagaimana membuat dan mengira anggaran kos dan keuntungan dalam perniagaan.

Modul 5: Post Mortem budget vs actual RM150
-Bedah siasat bajet.
-Rugi atau sebaliknya.

Modul 6: Bank Reconcilation RM150
-Penyata Penyesuaian Bank
-Apa kepentingannya.

Modul 7: Costing/ Pricing RM150
- Cara meletak harga jualan.
- Cara Menganggarkan kos

Modul 8: Business Plan/ Swot Analysis RM180
-Mengenalpasti potensi diri
-Membuat perancangan kewangan

Modul 9: Asas Perakaunan  RM150
- Pengenalan dan perbezaan serta fungsinya